LOADING...
10 Jun

THROWBACK- EMCEE ENERGIZER MASYARABIA 2017

THROWBACK- EMCEE ENERGIZER MASYARABIA 2017
.

.
13 JANUARI 2018- Alhamdulillah, pertama kali syukur saya ucapkan kepada Allah s.w.t. kerana mengurniakan saya rezeki untuk mejadi Motivational Emcee Energizer di Masyarabia Convention 2017 yang mana merupakan sesuatu yang menakjubkan dalam karier saya.
.
.
Tahniah saya ucapkan kepada Pengasas Jenama Tudung Masyarabia iaitu Kak Nur Farhana Aziz yang mana merupakan seorang wanita yang sangat kuat dalam mengusahakan jihad beliau untuk membantu ramai wanita di luar sana untuk terus menutup aurat.
.
.
Jujur saya kata, saya dapat melihat keikhlasan akak dalam perjuangan ini kerana akak menangis di hadaoan semua TEAM MASYARABIA. Saya dapat rasa keperitan itu secara telus sebab hanya yang melalui sahaja tahu risiko dalam mengusahakan bisnes.
.
.
Terima kasih juga atas HADIAH ISTIMEWA buat ibu saya. Beliau ucapkan terima kasih sebab katanya sangat cantik sehingga terseyum lebar sampai ke hujung telinga. Syukur!
.
.
Pengalaman bersama-sama keluarga Masyarabia selama satu hari dari jam 8pagi sehingga jam 12 malam adalah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan sebab masih terngiang-ngiang dalam dalam ingatan saya. Rindu sangat.
.
.
Akhir sekali saya doakan TEAM MASYARABIA terus melonjak tinggi untuk terus memberi manfaat kepada orang ramai. Insh Allah. BEST OF LUCK TEAM MASYARABIA. Tidak dilupakan terima kasih insan yang hebat lagi banyak membantu iaitu Tuan Faiz Sufi. Banyak sangat saya belajar dari tuan. HEBAT!

Nota kaki: Gambar adalah jawapan kepada yang tertanya-tanya apakah yang mereka lalui sepanjang satu hari itu bersama-sama saya. Alhamdulillah. Usaha selagi mampu sebab hidup itu sementara, akhirat yang selamanya.

Zaki Zainal
Motivational Emcee Energizer

? Amm Hamid




























Zaki Zainal

Zaki Zainal

Zaki Zainal is a Motivational Emcee Energizer and the founder of ZakiZainal.com. Learn more about Zaki Zainal or get more from him on facebook.

Leave A Comment