LOADING...
11 Oct

PELAJAR UITM MENGUNGGULI PERTANDINGAN MOTIVATOR MUDA

SHAH ALAM – Bertempat di Dewan Mawar Qaseh, Kolej Mawar, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini telah berlangsung peringkat akhir pertandingan University Motivator Competition (UMAC) 2018 anjuran Pusat Kerjaya dan Kaunseling dengan kerjasama Kelab Peers UiTM Shah Alam serta Jawatankuasa Perwakilan Kolej Mawar.

 

Antara objektif penganjuran adalah melahirkan pelapis-pelapis penceramah motivasi muda yang boleh menjadi ikon pembimbing kepada para pelajar serta melatih mahasiswa dalam membentuk personaliti menarik, berkeyakinan dan memupuk sifat berani serta berkebolehan dalam melontarkan idea.

 

Menurut Pengarah Program, Norhisham Ya’cob selaku Pegawai Psikologi Kanan merangkap Penasihat Badan Persatuan Peer Kaunselor (PEERs) UiTM Shah Alam, penglibatan seramai 77 orang peserta dari UiTM Shah Alam dan Kampus Cawangan dalam UMAC adalah sebagai bukti pertandingan berbentuk pengucapan awam ini telah berjaya menambat hati pelajar UiTM untuk menyertainya.

 

Dalam pertandingan ini, seramai sepuluh peserta akhir telah mempersembahkan bakat masing-masing bagi merebut gelaran juara yang dinilai barisan juri berpengalaman.

 

Juara pertandingan dirangkul Muhammad Zaki Zainal Abidin daripada UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau, diikuti tempat kedua Ainin Sofiya Abdul Karim daripada UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat, manakala tempat ketiga dimenangi Rasydan Mohd Hassan mewakili UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah.

 

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan Pengarah Pembangunan Pelajar (HEP), Dr. Mohd. Bahrin Othman.

 

Tahniah diucapkan kepada para pemenang pertandingan dan kejayaan terpilih ke peringkat universiti seMalaysia.

 

ARTIKEL ASAL : https://kampusuols.com/article/422750/U-In-News/SEL-KL/Pelajar-UiTM-mengungguli-Pertandingan-Motivator-Muda

 

Zaki Zainal

Zaki Zainal

Zaki Zainal is a Motivational Emcee Energizer and the founder of ZakiZainal.com. Learn more about Zaki Zainal or get more from him on facebook.

Leave A Comment