LOADING...
02 Oct

EMCEE ENERGIZER : SEMINAR TAPOW A EXXXTRA 2018

EMCEE ENERGIZER : SEMINAR TAPOW A EXXXTRA 2018, NILAI NEGERI SEMBILAN
.
24/3/2018 – (7.00a.m- 10.30 pm)

.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana memberikan saya kekuatan yang LUAR BIASA untuk sesi ENERZGIZER semalam di Stadium Tertutup Nilai. Syukur sangat-sangat! Terima kasih Allah atas kudrat yang diberikan. Saya akan terus laksanakan ini.
.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Inspirator Remaja Malaysia iaitu Tuan Mohamad Bin Mohshin a.k.a Che Mat atas peluang keemasan ini. Terus sebarkan ilmu dan kebaikan demi manfaat murni buat masyarakat. Che Mat adalah Pakar Ketuk Jiwa bagi saya sebab apa Che Mat katakan, semua saya rasa semalam. Sangat tersentuh, sangat sebak dengan perjuangan Che Mat dan Team. Doa pengharapan dari saya untuk Team Che Mat terus maju.
.
Saya doakan semua sekali 4,500 orang pelajar yang duduk sampai malam sesudah program beserta hampir 10, 000 orang ibu bapa pelajar yang hadir pada sesi malam semalam dapat manfaat dan terus buat, buat, buat dan buat sampai jadi apa yang diberikan dan dikongsikan oleh Che Mat untuk membina potensi dan juga kejayaan anak-anak sebagai anak yang soleh dan soleh serta berjaya dunia dan akhirat. Amin. Amin
.
Terima kasih saya ucapkan juga kepada ibu dan bapa saya serta adik beradik saya mahupun yang mendoakan secara langsung atau tidak langsung yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat saya.
.
Terima kasih juga kepada my sifu for Energizer Tuan Azhar Jalil dan sahabatnya Tuan Solihin Razali atas sokongan dan nasihat yang telah membuka mata saya untuk terus kehadapan. Kalian sangat humble and awesome. Saya doakan syurga buat anda semua. Amin

Zaki Zainal
Motivational Emcee Energizer
#misipeduliummah

Zaki Zainal

Zaki Zainal

Zaki Zainal is a Motivational Emcee Energizer and the founder of ZakiZainal.com. Learn more about Zaki Zainal or get more from him on facebook.

Leave A Comment