LOADING...
11 Oct

CERITA TENTANG SAYA DAHULU

AWAS AGAK PANJANG NAMUN ANDA AKAN DAPAT SESUATU. INSH ALLAH…
.
.
.
Saya Zaki Zainal merupakan Pelajar Diploma Komunikasi dan Pengajian Media di UiTM Rembau yang dahulunya juga berada di UiTM Lendu. (Ini tidak penting yang penting adalah ilmu untuk anda semua, hehe… )
.
.
.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya sedar ramai orang punya minat yang mendalam dalam bidang masing-masing namun tidak tahu caranya untuk kembangkan potensi, mana tempat nak bergantung juga mana guru yang tepat untuk dicari untuk belajar. Betul bukan? Sama macam saya dahulu.
.
.
Pesan guru layankan ajer sebab ianya adalah proses. Insh Allah satu masa nanti kita akan dapat tahu apa yang diaturkan-Nya buat kita.
.
.
.
Jadi hari ini dengan rasminya saya maklumkan kepada anda semua saya akan mula berkongsi secara konsisten di halaman muka buku ini kerana saya yakin ada dalam kalangan anda semua terinspirasi dengan apa yang saya lakukan dan saya juga yakin anda ada yang sudah hebat juga manakala ada juga yang akan menjadi emcee untuk pelbagai acara pada masa hadapan jika minat ataupun tak kisahlah dalam apa jua perkara yang anda buat dalam bidang anda suka, saya yakin semuanya ada proses tersendiri.
.
.
.
Saya mulakan, bagaimana saya boleh terjebak dalam dunia Emcee ini dahulu?
.
.
Saya masih ingat kali pertama saya berada di pentas bagi beraksi untuk memeriahkan acara. Ketika itu, saya baru berusia 14 tahun dan saya terpaksa melakukannya sebagai sebahagian daripada tugasan sekolah saya kerana saya adalah pelajar yang selalu mewakili sekolah jadi cikgu-cikgu saya seringkali memberi ruang dan peluang. Saya buat walaupun tak minat sebab mungkin juga akur atas arahan cikgu atau guru. Saya layankan ajer.
.
.
.
Takut? Gemuruh? Menggigil? Semua perasaan ada. Saya takut, saya banyak silap dan mengatur kata-kata saya, dan rama-rama seperti biasa seringkali seakan-akan berlari-lari di dalam perut saya.
.
.
Walau bagaimanapun, ia pastinya satu pengalaman yang perlu diingati kerana kutukan, cacian juga nasihatlah yang membuatkan saya kuat dan saya buat apa yang saya buat hari ini , dan sejak itu saya menggunakan pengalaman itu untuk terus maju kehadapan sehingga hari ini dan Insh Allah sampai bila-bila. Maaf ya kalau panjang nanti saya sambung lagi. Banyak lagi saya nak kongsi namun nantilah. Hehe… (Risau pula saya anda baca sampai tertidur di buju meja hehe)
.
.
Akhirnya,
Pointnya yang saya cuba nak sampaikan adalah jadilah yang terbaik buat diri kita walaupun kita tidak suka buat perkara itu namun ingatlah pengalaman yang mahal itu datang tanpa diduga kerana kita tidak perlu membelinya kerana ianya akan dibeli pada masa hadapan oleh orang yang memerlukan kita. Jumpa lagi…
.
Zaki Zainal,
Motivational Emcee Energizer

Zaki Zainal

Zaki Zainal

Zaki Zainal is a Motivational Emcee Energizer and the founder of ZakiZainal.com. Learn more about Zaki Zainal or get more from him on facebook.

Leave A Comment