LOADING...
13 Jul

ALHAMDULILLAH…. ANAK KAMPUNG KE PENTAS MEGA

ANAK KAMPUNG KE PENTAS MEGA

1. Allah berikan apa yang saya hajatkan selama ini dengan cepat sekali, doa yang saya pohon untuk dan saya tuliskan dalam 101 impian saya tercapai lebih kurang dalam masa setahun sahaja, Alhamdulillah.

2. Benar sangat Allah mengikut sangkaan hamba-Nya. Sayangnya Allah pada kita. Kuasa visualisasi yang mana percaya sebelum berjaya.

3.Terima kasih Che Mat , Inspiator Pelajar No 1 Malaysia yang telah memberikan peluang saya beraksi buat 15,000 orang di Stadium Tertutup Nilai sebagai pengacara majlis juga Emcee Energizer yang menyalurkan tenaga positif buat mereka semua, iaitu para peserta.

4.Saya doakan Seminar Tapow A ini terus diberikan limpahan rezeki yang melimpah ruah untuk terus beri and as the kepada ramai lagi ummat di luar sana.

5. Doakan saya ya semua. Saya doakan kalian juga. Semoga cita-cita saya untuk beguru dengan ramai lagi pengacara terkenal Malaysia nanti tercapai. Antara nama-nama besarnya ialah seperti idola saya iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi juga Dato’ AC Mizal serta Aliff Satar juga Nabil Ahmad tercapai nanti Insyaallah. Moga ada yang sampaikan
.
============
Coretan ringkas,
Zaki Zainal,
Lebah kerdil yang masih belajar terbang.

#misipeduliummah

Zaki Zainal

Zaki Zainal

Zaki Zainal is a Motivational Emcee Energizer and the founder of ZakiZainal.com. Learn more about Zaki Zainal or get more from him on facebook.

Leave A Comment